// Chalkboard Stories

Bonjour!

Mood : Feel Blessed
Status : Let Allah do the rest ..


StoryThe CEOGoodies


Tagboard

Welcome to my little stalkers. Drop nice words here. Sorry if I didn't reply it back. 


Visit dem'

 Isya

Ieqa | Rina | Akhma | syakirah | Adya | Ain | Lovey? | Lovey?





Older Post
Surah Al-Kahfi .. :)
Bismillahirrahmanirrahim.
."Hafal lah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi..."

Bagi yang sudah berjaya menghafalnya, alhamdulillah. Dengan membaca ayat-ayat ini, InsyaAllah seseorang itu boleh terselamat dari fitnah Dajjal sebagaimana disebut dalam beberapa hadis Nabi SAW:

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim) 
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai) 
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Surah al-Kahfi disunnatkan untuk kita membacanya pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat  sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk sama-sama  kita membacanya.

Moga kita semua terselamat dari tipu daya dan fitnah Dajjal.. ameenn
Moga ada manfaatnya.
Ilmu Amal Sampai.




#strawberrycupcake