// Chalkboard Stories

Bonjour!

Mood : Feel Blessed
Status : Let Allah do the rest ..


StoryThe CEOGoodies


Tagboard

Welcome to my little stalkers. Drop nice words here. Sorry if I didn't reply it back. 


Visit dem'

 Isya

Ieqa | Rina | Akhma | syakirah | Adya | Ain | Lovey? | Lovey?





Older Post | Newer Post
Cerpen Futuristik : Masalah Bumi

Cerpen Futuristik : Masalah Bumi.
Harap diterima.. :)

       Merenung ke luar jendela, melihat pemandangan di cakerawala. Rindu di hati pada si dia sang suami kekal bertakhta. Sudah hampir genap 10 tahun kira atau nama sebenarnya Syakirah Ariana tidak bertemu suaminya, Prof. Helmi Imran. Dalam meniti 10 tahun yang sukar padanya ini, dia menetap di dalam salah satu “Kapal Angkasa Dunia” yang dicipta khas buat manusia menetap di dalamnya yang diberi nama ‘D103’ yang terapung di cakerawala. Masih terbayang difikiran bahagianya dia ketika berada disisi suami tercinta. Namun, itu semua telah berakhir diakibatkan peristiwa yang tidak pernah dihajatkan berlaku dan dalam diam manusia sendiri yang merangkanya.  Kini, dia hanya bersama 2 orang jantung hatinya, Hairi dan Hazmi. Bila difikir-fikirkan semula, bisa bergenang air matanya. Terus melayang fikirannya.

       “Baba, Hairi pun nak tangkap juga!” laung Hairi kegirangan.

      Geli hati Kira melihat gelagat wira ciliknya bermesra bersama babanya. Sedang sibuk Prof. Helmi meluangkan masa bersama anaknya, beliau mendapat panggilan mengejut dari rakan seperjuangannya, Prof. Kamal. Belum sempat memberi salam, Prof. Kamal memintanya datang ke makmal beliau dengan kadar segera.

“Helmi, Aku mahu kau datang ke makmal aku segera. Ada perkara yang perlu kita bincangkan.” Kata Prof. Kamal. Tanpa membuang masa Prof. Helmi meminta izin isterinya ke sana.

“Sayang, abang perlu ke makmal Prof. Kamal dengan segera. Izinkan Abang?” katanya dengan nada bersalah. Hal ini kerana, bukan mudah buat Prof. Helmi meluangkan masa bersama keluarganya akibat kesibukan yang sering melanda.

“Tak mengapa la bang, pergilah. Saya faham.” katanya.

“Baba tak lama kan? Nanti kita sambung main lagi okei?” Hairi bersuara.

“Ya Hero baba. Nanti kita sambung.” Prof. Helmi mengakhiri katanya dan terus ke makmal Prof. Kamal dengan menaiki kereta solar Evonya.

“Assalamualaikum Kamal, ada hal penting apa kau memanggilku ke mari?” tanya Prof. Helmi sesudah sampai.

“Waalaikumsalam Helmi, kau sudah tonton berita baru-baru ini?” jawab Prof. Kamal sambil menunjukkan rakaman Berita Utama yang baru ditontonnya tadi kepada sahabatnya itu.
      Berita tersebut melaporkan bahawa terdapat seorang pencipta muda dengan bangganya menunjukkan rekaan terbarunya yang berupa sebuah robot peribadi yang membantu memudahkan pekerjaan manusia yang dikenali sebagai J’s Robot. Setelah dikaji selidik oleh Prof. Kamal, robot itu sememangnya membantu memudahkan urusan pemiliknya. Namun, J’s Robot itu dipercayai mengeluarkan gas hidrokarbon dihalogenate dan kloroflorokarbon (CFC) yang boleh mengakibatkan kerosakan lapisan ozon. Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate akan menguraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin. Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.

“Ini tak boleh jadi Kamal, kita harus halang robot ini daripada terus dipasarkan.” luah Prof. Helmi.

“Aku tau tu Helmi. Tapi, aku punya firasat menyatakan bahawa usaha kita bakal menemui jalan buntu. Hal ini kerana, pencipta muda tersebut mungkin berfikiran negatif terhadap kita dan menyangka kita cuba menutup periuk nasinya.” balas Prof. Kamal

Setelah selesai perbincangan yang dilangsungkan selama beberapa jam itu, mereka telah menemui kata sepakat. Mereka berdua bersetuju untuk menerangkan kepada pihak media tentang baik buruknya ciptaan tersebut. Jika mereka berjaya, mungkin hal yang tidak diingini tidak akan berlaku. Setelah beberapa hari berlalu, rancangan Prof. Helmi dan Prof. Kamal tidak Berjaya. Hal ini kerana, pemuda tersebut beranggapan mereka cuba menjatuhkannya atas kejayaan yang telah dilakukan dengan terhasilnya ciptaan tersebut. Malah, dia bakal mengenakan saman ke atas Prof. Helmi dan Prof. Kamal jika terus bertindak demikian. Lebih memburukkan keadaan apabila masyarakat mula menunjukkan minat pada ciptaan tersebut. Atas alasan bagi memudahkan urusan harian mereka mengabaikan kesakitan yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

       Setelah 6 tahun berlalu, hasil ciptaan tersebut mula menujukkan implikasi negatifnya pada bumi. Hal yang demikian berlaku kerana, bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 – 25 km, kurang uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinaran uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon. Suhu bumi semakin meningkat. Penyakit kulit mula berleluasa. Katarak mata tidak kurang hebatnya. Masyarakat pula semakin kurang melakukan aktiviti seharian dek terciptanya J’s Robot yang kononnya membantu memudahkan segala. Hancur semua keindahan bumi hijau yang selama ini dipelihara meskipun teknologi mengawal masa. Pelbagai cara telah difikirkan oleh Prof. Helmi dan Prof. Kamal bagi mengatasi masalah besar ini.

      Namun, tanpa disangka-sangka pencipta muda yang dahulunya mencipta J’s Robot atau lebih dikenali sebagai Amir itu tampil dengan satu lagi ciptaan terbarunya yang diberi nama “Kapal Angkasa Dunia”. Kapal angkasa ini mampu terapung di cakerawala dan manusia boleh hidup di dalamnya. Dengan segala kelengkapan yang ada, manusia mampu berhijrah dan meninggalkan bumi yang hanya menunggu masa ke akhir waktunya. Kedua-dua Prof. tersebut mula sangsi padanya atas apa yang telah dilakukan sebelumnya. Mereka tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Tetapi, apabila memikirkan keluarga di rumah yang semakin sengsara dek masalah yang tiba, ada baiknya saja manusia berhijrah buat sementara waktu.

“Abang, betulkah abang tidak mahu bersama-sama kami di angkasa?” tanya Kira kerisauan.

“Baba,baba tidak mahu ikut kami? Mereka kata di sana ada banyak permainan. Baba tak mahu main dengan Hairi lagikah?” soal Hairi manja.

“Bukan begitu Hairi, baba ada urusan yang perlu diselesaikan di sini. Nanti, jika urusan baba selesai, baba akan ke sana juga supaya baba boleh bermain dengan Hairi. Okei hero baba. Hairi jaga mama ya sayang?” jawab Prof. Helmi tenang.

“Sayang, abang janji segalanya akan beransur pulih semula. Pegang janji abang ya? Jaga diri baik-baik. Abang minta maaf ya sayang? Abang Cuma berharap bila anak di dalam perut sayang ini lahir, abang mahu namanya Hazmi Farhan.” ujar Prof. Helmi dalam nada yang pilu.

“Baiklah abang. Saya janji. Jaga diri abang baik-baik ya? Selamat tinggal.” balas Kira.

       Hampir semua penduduk bumi menaiki “Kapal Angkasa Dunia” itu setelah persetujuan yang dibuat oleh semua Perdana Menteri di setiap negara bermusyawarah. Yang tinggal hanyalah profesor-profesor dan saintis-saintis terkemuka dunia yang masih menetap di bumi bagi mencari solusi terhadap masalah ini.

“Mama, apa yang mama lamunkan ini? Termenung saja.” tanya Hairi dan Hazmi.

“Tidak ada apa-apalah sayang. Kelas kamu da habis?” balasnya.

“Sudah mama. Hairi tau, mama mesti fikirkan baba kan? Mama jangan risau, kami berdua kan ada. Kamilah hero mama. Hairi kan sudah janji mahu jaga mama.” kata Hairi.

“Mama tau sayang. Kamu berdualah jantung hati mama.” luah Kira.

“Mama, mari makan. Hazmi lapar.” bicara Hazmi.

       Sedang mereka menjamu selera. Tiba-tiba mesej dari bumi sampai. Mesej itu bertujuan memberi tahu bahawasanya mereka, para-para professor dan saintis telah menemui jalan penyelesaian agar bumi dapat kembali pulih semula. Mesej tersebut meminta seluruh warga bumi bersama-sama turun kembali ke bumi bagi menjayakannya. Namun, ada pihak yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian kerana merasa cukup selesa di cakerawala. Terdapat beberapa perselisihan pendapat di situ. Jauh di benak hati Kira dan kedua anaknya, mereka mahu pulang semula ke bumi menemui Prof. Helmi.

“Tidakkah kamu semua cinta akan bumi kita ini? Mana tanda kasih dan sayang kamu semua? Bumi telah banyak berjasa kepada seluruh generasi kita dari nenek moyang lagi. Apa balasan kamu semua? Di mana tumpah darahnya kamu ketika dilahirkan? Di bumi bukan? Terus, kamu melihat bumi hancur selamanya dan bersenang-lenang di dalam kapal angkasa? Di mana juga terletaknya rasa syukur kepada Pencipta? Tuhan kita telah mengurniakan bumi yang indah. Kita telah menghancurkannya. Maka dengan itu, kita jugalah yang harus bertanggungjawab memperbaikinya semula. Kami di sini bersusah-payah dan dibantu tuhan agar masalah ini selesai. Mana pula bantuan kamu semua? Fikir dahulu sebelum bertindak.” luah Prof. Helmi.

       Ucapan dari Prof. Helmi itu telah menyedarkan seluruh warga bumi. Akhirnya, mereka bersetuju pulang semula ke tanah air mereka. Sesampai sahaja seluruh warga bumi yang menetap di angkasa tiba, Prof. Helmi mencari bayang keluarganya. Tiba-tiba datang seorang wanita bersama dua orang jejaka di sisinya memeluk susuk tubuh Prof. Helmi. Bergenang air matanya.

       Beberapa minggu kemudian, Amir telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana perbuatan kejinya yang mahu menghancurkan bumi demi kepentigan diri. Amir sudah merancang segalanya dari mula lagi. Dia sengaja mencipta J’s Robot yang membawa keburukan kepada penduduk bumi. Maka, dia boleh menggunakan kapal angkasa ciptaanya  yang selam ini dipandang remeh. Dengan dikenakan bayaran yang agak tinggi, Amir hidup dalam kemewahan. Namun, itu semua telah berakhir setelah pihak berkuasa mengetahuinya. Dia dihukum penjara seumur hidup. Malah, tiada sesiapa yang dibenarkan menjaminnya.

“Baba, kami berdua bangga pada baba kerana baba Berjaya menyelesaikan masalah bumi ini.” ucap Hairi.

“Babalah hero kami. Malah, hero seluruh bumi. Sayang baba!” ujar Hazmi pula.

“Terima kasih abang. Abang sudah kotakan janji abang. Saya sungguh gembiradapat berada di sisi abang.” luah Kira.

“Sayang, Hairi, Hazmi, kamu semualah penjana semangat abang. Abang Berjaya hingga ke hari ini pun atas doa kalian. Terima kasih juga kepada Pencipta. Tanpa-Nya, usaha ini tidak akan ke mana.” Kata Prof. Helmi.

       Kini, penduduk bumi hidup dengan aman. Bumi kembai hijau meskipun teknologi semakin bercambah. Bersyukur kita pada Sang Pencipta yang menjadikan semua ini nyata. Mereka hanya mampu berharap agar kejadian yang sama tidak berulang semula. Seluruh warga bumi terus berusaha menjaga keamanan dan keindahan bumi daripada menjadi mangsa kerasukan manusia.

Hasil nukilan : Siti Jamilah bt Ahmat (SEHEBAT)

sekian.. wassalam..